Video

PRN Sabah: Bung Moktar mendahului di DUN Lamag

PRN Sabah: Bung Moktar mendahului di DUN Lamag
Penyandang kerusi DUN Lamag, Bung Moktar Radin ketika ini sedang mendahului empat lagi pesaingnya dalam pertarungan lima penjuru di DUN Lamag. Di kawasan Sangau, beliau mendapat 142 undi berbanding calon Warisan, Mohd Ismail Ayob yang mendapat 95 undi.DUN Lamag, yang terletak di dalam parlimen Kinabatangan yang diwakilinya sekian lama, membuka kemungkinan untuk ahli politik veteran itu menjadi ketua menteri.